Laporan Program Kempen Kesedaran Gaya
Hidup Sihat
(Bahaya Bahan Tambah Dalam Makanan)
(Bahaya Bahan Tambah Dalam Makanan)
Oleh : Mohd Iduan bin Masri
Kumpulan : 8 PISMP SN Ambilan Januari
2011, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Enstek, Nilai, Negeri
Sembilan.
Pada 7 Ogos 2014 bersamaan hari
Khamis, saya bersama 2 orang lagi rakan iaitu Norakmalina binti Ahmad Tarmizi
dan Mohd Sharul Anuar bin Omar telah melaksanakan program kesedaran gaya hidup
sihat dan mendidik sekumpulan murid-murid mengenai bahaya bahan tambah dalam
makanan. Program yang kami jalankan ini menfokuskan kepada bahaya bahan tambah
apabila digunakan secara berlebihan dan diambil secara berlebihan melalui gaya
pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat. Program ini dijalankan bagi
meningkatkan kesedaran terutamanya di kalangan murid-murid sekolah rendah yang
seringkali terdedah kepada pelbagai makanan tidak berkhasiat yang tidak sesuai
dengan keperluan tumbesaran mereka.
Program ini dijalankan melalui 6 langkah
yang jelas di mana setiap langkah bertujuan mendidik para peserta mengenai
bahan tambah dalam makanan serta ancaman yang wujud disebabkan oleh bahan
tambah ini. Langkah 1 dan 2 dijalankan bagi mencapai objektif memperkenalkan
bahan tambah yang seringkali digunakan di dalam makanan seharian terutamanya makanan
terproses melalui pembacaan label. Langkah 3 dan 4 pula menfokuskan kepada
penerangan mengenai kesan bahan tambah berlebihan dalam makanan selain melatih
para peserta program mengenal pasti bahan tambah yang wujud melalui label di
pek-pek makanan. Di langkah 5 pula, tayangan video mengenai makanan yang
dihasilkan oleh rangkaian restoran makanan segera popular yang mempunyai kesan
buruk diberikan kepada peserta program sebelum langkah 6 dijalankan di mana
para peserta diminta menjawab soal selidik mengenai program yang mereka sertai.
Program yang dijalankan ini menggunakan pelbagai bentuk dan kaedah pengajaran
di mana integrasi teknologi maklumat seperti tayangan video dan slide show
digunakan secara meluas bagi menarik minat peserta program.
(alamat laman web ini akan menunjukkan kesan bahan aditif berlebihan kepada makanan segera yang popular)
Secara keseluruhannya, melalui hasil
analisis soal selidik yang dihasilkan dapat diperhatikan bahawa para peserta
memberikan respon yang positif kepada program yang dijalankan dan impak yang
positif dapat dilihat menerusi hasil soal selidik. Walaupun beberapa penambahbaikan
boleh dilakukan bagi menambahbaik kelemahan program, tetapi program yang
dijalankan berjaya mencapai objektif bagi menimbulkan kesedaran di kalangan
murid-murid mengenai bahan tambah dalam makanan.
Pendahuluan
dan Perancangan Reka Bentuk Program
Bagi tugasan ini, saya dan dua lagi
rakan iaitu Norakmalina Bt Ahmad Termizi dan Mohd Sharul Anuar bin Omar telah
memilih untuk melaksanakan tajuk nombor 5 ,iaitu bahan tambah dalam makanan. Kami
telah melakukan perbincangan dan berpendapat bahawa tajuk kami akan
dikembangkan menjadi program kesedaran mengenai bahan tambah dalam makanan. Pemilihan program kesedaran ini kami jalankan
berdasarkan perkembangan isu semasa mengenai kesihatan di kalangan rakyat
Malaysia dewasa ini.
Perkembangan isu semasa di Malaysia
menunjukkan bahawa ramai dikalangan rakyat Malaysia mempunyai masalah
kesihatan. Menurut data statistik daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan, sebanyak 15.1% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ataupun
berat badan berlebihan. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara ‘paling gemuk’
di Asia Tenggara dan di kedudukan nombor enam yang mempunyai masalah ini di
peringkat Asia. Lebih membimbangkan lagi, daripada 2.6 juta rakyat Malaysia
yang dikategorikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan, hampir setengah
juta daripadanya merupakan rakyat di bawah 18 tahun. Lebih menyedihkan,
statistik ini disumbangkan dengan fakta bahawa 13 daripada setiap 100
kanak-kanak di sekolah rendah seluruh Malaysia mengalami masalah obesiti. Ini
sesuatu yang cukup membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera di mana
tindakan yang serius perlu diambil bagi memastikan isu ini tidak bertambah
buruk.
Sekali imbas, isu obesiti tampak tiada
kena mengena dengan pengambilan bahan tambah dalam makanan. Namun, masyarakat
perlu disedarkan bahawa dengan mengambil makanan secara berlebihan boleh
meningkatkan kadar bahan tambah di dalam tubuh kita – apatah lagi jika
kebanyakkan makanan yang diambil itu merupakan makanan segera yang mengandungi
bahan tambah yang berbahaya kepada tubuh jika wujud dalam jumlah yang
berlebihan. Ini kerana kebanyakkan bahan tambah yang ditambah ke dalam makanan
yang diproses dewasa ini merupakan bahan tambah yang diperolehi melalui proses
kimia dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
Oleh itu, kami berpendapat adalah
perlu bagi kami melaksanakan program kesedaran mengenai kesan buruk bahan
tambah yang berlebihan kepada tubuh badan. Program kesedaran seperti ini mesti
dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai apa yang setiap dari kita
masukkan ke dalam tubuh kita. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahajalah barulah
kempen untuk mengurangkan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia berjaya
dijalankan dengan jayanya.
Melalui program ini, kami menfokuskan
kepada kumpulan sasaran kami di kalangan murid-murid sekolah di mana kami
laksanakan internship selama sebulan, iaitu di sebuah sekolah di Nilai, Negeri
Sembilan Darul Khusus. Kira-kira 30 orang murid telah mengikuti program kempen
kesedaran yang kami jalankan ini di mana murid-murid ini ditunjukkan tayangan
interaktif selain video mengenai bahan tambah dalam makanan. Mereka diajar
untuk mengenal bahan tambah dalam makanan, selain membaca label pada makanan
segera atau terproses bagi mengenalpasti bahan tambah yang wujud di dalam
makanan. Mereka juga turut ditunjukkan tayangan video mengenai kesan bahan
tambah berlebihan yang digunakan di dalam makanan segera yang popular di
kalangan kanak-kanak.
Melalui program ini kami berharap
dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid sekolah rendah mengenai
kesan buruk mengambil bahan tambah secara berlebihan melalui pengambilan
makanan secara tidak seimbang dan tidak sihat. Kesedaran ini seharusnya wujud
sedari kecil lagi agar amalan penjagaan tubuh yang sihat dimulakan sejak awal
lagi. Borang maklum balas disediakan pada akhir program bagi melihat sejauh
mana program ini memberi impak yang diharapkan, selain mengenalpasti kelemahan
yang boleh ditambah baik di masa akan datang.
Analisa borang maklum balas
Soalan-soalan
di dalam borang maklum balas
1)Melalui program ini saya dapat
mengetahui apa itu bahan tambah dalam makanan dan
contoh bahan tambah dalam makanan.
contoh bahan tambah dalam makanan.
2)Melalui program ini saya dapat memahami
kesan bahan tambah dalam makanan.
3)Melalui program ini saya dapat
mengetahui cara yang betul untuk membaca label makanan
bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan.
bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan.
4)Saya akan lebih berhati-hati untuk
memilih makanan yang membahayakan kesihatan
selepas program ini
selepas program ini
5)Saya bersetuju bahawa bahan tambah
dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan
saya sekiranya diambil secara berlebihan
saya sekiranya diambil secara berlebihan
6)Saya akan mengamalkan gaya hidup sihat
yang dianjurkan dalam program ini.
7)Program ini amat membantu saya untuk
mengamalkan gaya hidup sihat
Jadual
1 menunjukkan jumlah jawapan di kalangan murid lelaki
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
12
|
3
|
2
|
15
|
0
|
3
|
12
|
3
|
4
|
14
|
1
|
5
|
15
|
0
|
6
|
15
|
0
|
7
|
15
|
0
|
Jadual
2 menunjukkan jumlah jawapan di kalangan murid perempuan
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
1
|
11
|
4
|
2
|
15
|
0
|
3
|
14
|
1
|
4
|
14
|
1
|
5
|
15
|
0
|
6
|
15
|
0
|
7
|
14
|
1
|
Jadual
3 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus)
untuk murid lelaki.
untuk murid lelaki.
Soalan
|
Ya
(%)
|
Tidak
(%)
|
1
|
80
|
20
|
2
|
100
|
0
|
3
|
80
|
20
|
4
|
93.33
|
6.67
|
5
|
100
|
0
|
6
|
100
|
0
|
7
|
100
|
0
|
Jadual
4 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus)
untuk murid perempuan.
untuk murid perempuan.
Soalan
|
Ya
(%)
|
Tidak
(%)
|
1
|
73.33
|
26.67
|
2
|
100
|
0
|
3
|
93.33
|
6.67
|
4
|
93.33
|
6.67
|
5
|
100
|
0
|
6
|
100
|
0
|
7
|
93.33
|
6.67
|
Jadual
5 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus)
untuk semua murid.
untuk semua murid.
Soalan
|
Ya
(%)
|
Tidak
(%)
|
1
|
76.67
|
23.33
|
2
|
100
|
0
|
3
|
86.67
|
13.33
|
4
|
93.33
|
6.67
|
5
|
100
|
0
|
6
|
100
|
0
|
7
|
96.67
|
3.33
|
Bar Graf menunjukkan peratus maklum balas
murid dalam bentuk graf bar
Analisis Maklum Balas Peserta Program
Berdasarkan jadual 1 & 2 yang
melihat kepada jumlah pelajar lelaki dan perempuan menjawab soalan 1-7 di dalam
borang soal selidik, hanya soalan 2, 5 dan 6 sahaja menunjukkan semua murid
menjawab ya bagi ketiga-tiga soalan. Soalan 2 dan 5 ialah soalan yang
menfokuskan kepada matlamat yang ingin dicapai oleh program ini – pada akhir
program, para peserta seharusnya sudah faham dan sedar akan kesan yang
diakibatkan oleh pengambilan bahan tambah dalam makanan secara berlebihan.
Menerusi soalan 5 pula, peserta program seharusnya telah faham pada akhir
program bahawa jika diambil secara berlebihan, bahan tambah yang wujud di dalam
makanan boleh mengakibatkan kesan negatif akibat dari pengambilan diet yang
tidak selamat.
Soalan seterusnya yang menunjukkan
semua responden menjawab ya ialah soalan 6. Soalan ini lebih kepada kesedaran
yang hendak ditimbulkan oleh program ini, di mana ia bertujuan melihat sama ada
peserta program akan lebih menyedari kepentingan untuk menjalani gaya hidup
sihat setelah menyertai program ini. Gaya hidup sihat di sini bukan sahaja
mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan tambah yang berlebihan,
bahkan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mula mengamalkan diet
seimbang dan memenuhi keperluan tubuh badan. Ini penting kerana berdasarkan
Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia mendapati terdapat peningkatan 13.6
peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau
obesiti, bahkan lebih 300 juta manusia di seluruh dunia menghadapi masalah
obesiti. Ini semestinya bukan perkara yang baik bahkan mesti dijauhkan kerana
berat badan berlebihan merupakan ibu kepada pelbagai penyakit seperti kencing
manis, darah tinggi dan kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi.
Lebih-lebih lagi gaya hidup zaman sekarang di mana kanak-kanak kurang menghabiskan
masa beriadah di luar rumah melakukan aktiviti fizikal dan hanya menghabiskan
masa bermain permainan video di depan kaca televisyen.
Namun begitu, bukan semua soalan soal
selidik yang dikeutarakan membuahkan hasil yang positif daripada kalangan
responden. Melalui maklum balas yang diterima juga, item soalan 1 menunjukkan
sejumlah 23% responden menanda ‘tidak’ bagi item tersebut - jumlah tertinggi
responden menanda tidak bagi satu-satu item. Item temu bual kedua ialah soalan
3, di mana sejumlah 13% responden menanda tidak bagi soalan ini.
Melihat kepada analisis sampel data
yang diperolehi dari dapatan soal selidik menunjukkan hasil kurang
memberangsangkan mengenai item 1 dan 3. Sejumlah 7 orang gagal ataupun
menyatakan tidak kepada kenyataan bahawa mereka telah tahu apa itu bahan tambah
dalam makanan dan contoh bahan tambah dalam makanan. Selain itu juga 4 orang
juga menyatakan tidak kepada kenyataan bahawa mereka telah mengetahui cara yang
betul membaca label makanan bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan
setelah tamat program ini (item 3). Jumlah yang tinggi ini sememangnya sesuatu
yang membimbangkan dan tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi semua murid
menjawab ‘Ya’ bagi item 2, 5 dan 6. Ini kerana semua item-item soalan ini
berkait rapat dan menjurus kepada satu konklusi – bahawa murid telah faham dan
tahu mengenalpasti bahan tambah dalam makanan dan kesannya kepada tubuh jika
berlebihan. Oleh itu, saya mengesyaki para responden sama ada benar-benar
menyatakan ‘tidak’ mengenai item 1 dan 3 atau mereka tidak faham maksud item
yang diberikan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan sekiranya program ini
dijalankan sekali lagi pada masa hadapan, dan mesti diperbaiki bagi memastikan
respon yang lebih positif kepada item-item ini.
Menerusi analisis ke atas data yang
diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa program ini
membuahkan hasil yang positif. Kesemua item-item yang diberikan kepada
responden di dalam borang soal selidik menunjukkan lebih 70% responden memilih
jawapan ‘Ya’ bagi setiap item yang diberikan. Lebih membanggakan lagi item 2, 5
dan 6 menunjukkan kadar respon positif yang paling tinggi, iaitu 100% menjawab
‘Ya’. Walaupun sejumlah responden memilih jawapan ‘Tidak’ bagi beberapa soalan
terutamanya soalan 1 dan 3, ianya tidak mewakili jumlah majoriti responden dan
tidak melebihi 25% daripada sampel responden yang terbabit. Secara
keseluruhannya, melalui pola data yang diperolehi daripada hasil analisis data
soal selidik menunjukkan program ini membantu meningkatkan kesedaran mengenai
bahaya bahan tambah yang berlebihan di dalam makanan, selain meningkatkan pengetahuan
mengenai kesannya kepada tubuh badan. Selain itu juga, boleh juga disimpulkan
program ini menimbulkan kesedaran di kalangan responden untuk mengamalkan gaya
hidup sihat dan mengurangkan pengambilan makanan segera yang kurang selamat dan
tidak baik untuk kesihatan.
Penambahbaikan & Kritikan terhadap
Program
Penambahbaikan
1) Soalan
item yang dikemukan di dalam borang soal selidik boleh dipermudahkan lagi
bahasanya. Timbul keraguan mengapa responden ramai menjawab ‘tidak’ bagi soalan
1 dan 3 tetapi kesemua responden menjawab ‘Ya’ bagi item 2 dan 5. Ini kerana
item 1, 2, 3 dan 5 merupakan item-item yang berkait rapat antara satu sama lain
dan tidak sepatutnya menunjukkan perbezaan ketara dari sudut jawapan responden.
Kemungkinan besar responden tidak faham item soalan yang diberikan kepada
mereka dan menjawab secara semberono. Jika betul ini berlaku, maka keberkesanan
program ini tidak dapat dinilai dengan betul kerana berlaku faktor gangguan
luaran seperti responden gagal memahami dan memberikan respon yang sesuai
kepada item temu bual.
2) Ada
sebilangan murid-murid yang tidak membawa makanan mereka sendiri ketika
aktiviti mengenal pasti bahan tambah yang wujud di dalam makanan melalui bacaan
label di pek pembungkusan makanan. Natijahnya, golongan ini tidak terbabit
secara aktif ketika aktiviti membaca label sekaligus tidak faham kepentingannya
dan kegunaannya. Saya juga mengesyaki bahawa ini merupakan punca mengapa item 3
mempunyai sebilangan responden yang menjawab ‘tidak’ – setinggi 13% responden.
Sebaiknya, guru selaku fasilitator program membawa sejumlah pek makanan yang
mencukupi untuk diberikan seorang satu bagi aktiviti membaca label. Setelah
itu, mereka diminta membaca dan menulis bahan tambah yang terdapat di pek
makanan, bukannya sekadar membaca sahaja. Ini bagi memastikan semua peserta
terbabit dengan aktiviti ini dan tiada penumpang. Apabila ini berlaku, saya
yakin itu menyebabkan mereka gagal membaca label makanan yang tertulis kerana
tidak faham apa yang hendak dilakukan.
3) Fasilitator
seharusnya lebih aktif di dalam merencana dan melaksanakan aktiviti program
bersama peserta program. Persediaan dan perencanaan program seharusnya lebih
mantap dan kukuh bagi memastikan program ini benar-benar menarik minat peserta
dan menanam kesedaran di dalam diri mereka. Faktor masa boleh dipanjangkan lagi
dari sekadar 1-2 jam kepada 3 jam bagi memastikan aktiviti yang lebih baik
dapat dirangka untuk program ini. Masa yang begitu suntuk menyebabkan aktiviti
yang dijalankan sedikit tergesa-gesa dan tidak begitu menarik peserta untuk
benar-benar memahami konsep dan keperluan program ini dijalankan.
4) Bahan
tambah yang wujud di dalam makanan bukan sahaja tertakluk kepada makanan yang
terproses dan siap berlabel selain terdiri daripada bahan kimia sahaja. Sebagai enambahbaikan, peserta program boleh diperkenalkan dengan bahan-bahan aditif
yang digunakan oleh nenek moyang dan diperolehi secara semulajadi. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan
kebanyakkan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semula jadi
seperti garam, kuning telur dan juga cuka. Dengan memulakan program menggunakan
sesuatu yang biasa dikalangan peserta program yang rata-ratanya merupakan
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, ini membantu mereka belajar berdasarkan
perkembangan yang sesuai dengan mental mereka. Tidak dinafikan salah satu punca
mereka beberapa responden tidak faham item 3 iaitu tidak dapat mengenalpasti
bahan tambah adalah kerana kami
memulakan pengenalan mengenai bahan tambah menggunakan contoh-contoh bahan
kimia yang mempunyai terminologi yang begitu sukar difahami kanak-kanak di
bawah 12 tahun. Oleh itu adalah penting untuk menyesuaikan program dengan tahap
pengetahuan para peserta.
RUJUKAN
Portal
Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (2014). ADITIF MAKANAN – Apa yang perlu anda tahu? Retrieved October 4,
2014, from http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditif-makanan
Faiz
(2012). Perihal Barah – Bahan Tambah
Makanan Bahaya. Retrieved October 4, 2014 from http://perihalbarah.blogspot.com/2012/12/bahan-tambah-makanan-bahaya.html
Rahmat
Awang. (1996, November 9). Kesan Pengawet Dalam Makanan. Utusan Online. Retrieved from http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=426
Johan
Jaafar. (2013, August 29). Menangani Kanak-Kanak Obes. Berita Harian Online. Retrieved from http://www/2.bharian.com.my/bharian/articles/Menanganikanak-kanakobes/Article
Debunker,
S. [Debunker Sam]. (2010, August 29). The Decomposition Of Mcdonald’s Burgers
And Fries. Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=8uHxRwQqWFo
Chaine
de FoodAddtivesInfo. (2011, December 12). Evidence of effects of food additives
on children. Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=O2PPSvypyBE